Friday, August 14, 2009

SESI TAARUF PELAJAR SISWAZAH 2009/2010

Nilai, 11hb. Ogos, 2009 – Hampir 100 orang pelajar baru dan pelajar sedia ada telah menyertai sesi Taaruf pada kali ini. Turut hadir Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Timbalan-Timbalan Dekan Fakulti, Ketua Program-Program Siswazah, Kakitangan Akademik dan juga Kakitangan Pentadbiran yang sama-sama menjayakan program ini.

Sesi Taaruf pelajar Siswazah merupakan satu sesi yang wajib pada setiap tahun bagi memaklumkan kepada pelajar mengenai peraturan pengajian yang digunapakai, merapatkan jalinan hubungan antara pelajar siswazah dengan penyelia di samping memudahkan urusan pemantauan perkembangan pelajar.

Selain daripada itu, sesi ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk sama-sama berkomunikasi dengan pihak pentadbir dan juga pihak Pengurusan Universiti. Program yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM.

Pusat Pengajian Siswazah juga telah menjemput penceramah-penceramah daripada dalam dan luar USIM untuk memberikan input yang berguna kepada pelajar-pelajar baru ini. Salah seorang penceramah luar yang dijemput ke majlis ini adalah, Tuan Syed Ahmad bin Syed Jamaluddin, Pegawai Imigresen Negeri Sembilan yang memberikan penerangan dan taklimat mengenai peraturan imigresen untuk pelajar Antarabangsa yang terpakai di Jabatan Imigresen Malaysia.

Pelajar juga diberikan taklimat mengenai pangkalan data yang digunapakai di perpustakaan USIM bagi memudahkan proses carian journal, bahan dan juga buku yang diperlukan untuk penyediaan penyelidikan pelajar dan juga pengajian pelajar Ijazah Lanjutan di USIM.


Oleh :
pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027

2 comments:

  1. Salam, sila layari drotspss.blogspot.com untuk diskusi statistik dan kaedah penyelidikan pendidikan secara santai

    ReplyDelete
  2. Salam, sila layari drotspss.blogspot.com untuk diskusi statistik dan kaedah penyelidikan pendidikan secara santai

    ReplyDelete