Thursday, July 2, 2009

USIM METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN DARUL QURAN JAKIM

Putrajaya, 26 Jun 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran, JAKIM. Memorandum Persefahaman ini adalah berkenaan Program Berkembar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian secara kawal selia oleh USIM.

Memorandum ini dibuat adalah rentetan dari mesyuarat bersama pihak USIM yang memutuskan Darul Quran menjalin kerjasama dengan USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunah secara kawal selia dengan USIM. Melalui program ini, pemegang Diploma lepasan Darul Quran boleh melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunah dengan Kepujian yang dijalankan di Darul Quran. Program ini juga telah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

“Bagi memastikan kejayaan program ini JAKIM telah mengambil langkah-langkah perlu terutama dalam menambahkan prasarana untuk kemudahan pengajian Darul Quran serta penambahan kakitangan bagi melaksanakan program ini”, kata Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz semasa berucap di majlis tersebut.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM, kerjasama yang dijalankan dilihat dapat membuka peluang dengan lebih luas untuk calon Sekolah Menengah Agama untuk memasuki kedua-dua Iinstitusi ini iaitu USIM dan Darul Quran melalui kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan sebagainya.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan tahfiz yang berkemahiran selaras dengan perkembangan semasa di samping mengeratkan kerjasama dan dapat mempertingkatkan kefahaman terhadap prinsip-prinsip koloborasi yang telah ditetapkan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini turut disaksikan oleh Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.


Oleh :
pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8028

No comments:

Post a Comment