Tuesday, April 21, 2009

Tawaran Program Skim Pengurusan Peningkatan Keupayaan Graduan (GEMS)

Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) bersetuju menyahut seruan kerajaan untuk membantu graduan-graduan yang menganggur melalui program "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS).

Melalui program GEMS ini, PCG akan bekerjasama dengan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menjalankan latihan industri bagi membantu memperlengkapkan para graduan menanggur dengan kemahiran dan pengalaman yang bernilai komersial. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan peluang para peserta program untuk mendapatkan pekerjaan.

Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berijazah Sarjana Muda

2. Memperolehi CGPA minimum 2.5

3. Berumur kurang daripada 27 tahun

4. Pemohon mestilah berkeinginan untuk mengikuti latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan.

Tempoh Program

8.5 bulan

Program Latihan

2.5 bulan menghadiri kelas latihan

6 bulan mengikuti latihan industri

Maklumat Lanjut:

Borang Permohonan boleh dimuat turut di laman web http://www.mygemsportal.com.my

No comments:

Post a Comment