Monday, April 20, 2009

Pengumuman Alumnai KUIM/USIM

Pengemaskinian Data Alumni Dalam Portal Alumni USIM

Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga Alumni USIM. Alumni USIM telah masuk ke generasi ketujuh penubuhannya. Justeru, Unit Pentadbiran dan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif untuk mengumpulkan maklumat peribadi dan pekerjaan melalui portal Alumni USIM di alamat http://alumni.usim.edu.my. bagi tujuan menganalisis kebolehan pasaran guna tenaga graduan-graduan lepasan KUIM/USIM pada masa sekarang dan masa hadapan.

Tuan/Puan dikehendaki memasukkan nombor matrik dan nombor kad pengenalan untuk login ke dalam sistem tersebut. Sekiranya no matrik anda bermula dengan ‘P’ sila tukarkan kepada nombor ‘1′. Contoh : P020277 (yang lama) tukarkan kepada 1020277 (yang baru). Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan semoga Alumni USIM akan terus beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua pekerjaan yang diceburi.

Akhir sekali, Unit Pentadbiran dan Alumni Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengucapkan ribuan terima atas kerjasama yang diberikan daripada semua Alumni KUIM/USIM.

Sekian, terima kasih.

Image

Salam Hormat,

AL ‘UYUNA MOHD AMIN

Penolong Pendaftar

Unit Pentadbiran dan Alumni

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

merangkap

Alumni KUIM 2009

No comments:

Post a Comment